Selasa, 8 Disember 2015

Kek Ubi Bit Berempah-MasterChef

kek+ubi






















Bahan-bahan Kek Ubi Bit:

1 sudu kecil Garam Halus
4 biji Telur
1 1/3 cawan Gula
1 ½ cawan Minyak Masak
2 ¾ cawan Ubi Bit (dibuang kulit dan diparut)
1 cawan Nenas (dikisar kasar)
1 cawan Kismis Hitam

Bahan-bahan Kering:

2 cawan Tepung Gandum
2 sudu kecil Baking Powder
1 ½ sudu kecil Soda Bicarbonate
2 sudu kecil Serbuk Kayu Manis
½ sudu kecil 5 Spice Powder
½ sudu kecil Serbuk Buah Pala

Cara-cara penyediaan Kek Ubi Bit:

Panaskan oven 165C.
Sapukan minyak/mentega di dalam tin membakar kek dan alas bawahnya dengan kertas minyak.
Pukul telur, gula dan minyak masak sehingga sebati.
Ayakkan campuran bahan-bahan kering ke dalam campuran telur.
Masukkan semula tepung ke dalam adunan sehingga sebati.
Masukkan ubi bit, nanas dan kismis hitam, gaulkan sehingga sebati.
Bakar di dalam oven selama 40-50 minit.

Bahan-bahan Crumble Kacang Campuran:

150gm Tepung Gandum
150gm Mentega sejuk (dari peti sejuk, dikiubkan)
100gm Gula Castor
1 cawan Walnut (dibakar dalam oven sehingga perang muda dan garing)
1 cawan Biji Bunga Matahari (dibakar dalam oven sehingga perang muda dan garing)

Cara-cara penyediaan Crumble Kacang Campuran:

Kisar kasar kacang walnut dalam food processor.
Kisar bersama tepung, gula dan mentega sehingga menjadi crumble.
Gaulkan biji bunga matahari.
Taburkan crumble di atas dulang membakar dalam lapisan yang nipis.
Bakar di dalam ketuhar 160C selama 15-20 minit sehingga garing.
Untuk menghidang, pecah-pecahkan crumble menjadi serbuk kasar.

Bahan-bahan Sos Kastard:

500ml Krim
2 batang Kulit Kayu Manis
1 biji Kulit Lemon
5 biji Telur Kuning
¾ cawan Gula Castor
1 sudu kecil Esen Vanilla

Cara-cara penyediaan Sos Kastard:

Panaskan krim bersama kulit kayu manis dan kulit lemon, tetapi jangan sampai mendidih.
Pukul telur dan gula, dan tuangkan krim panas ke dalam adunan telur.
Kacau sehingga sebati.
Masakkan campuran adunan kastard dalam mangkuk di atas periuk air mereneh.
Teruskan mengacau sehingga kastard pekat.
Tambahkan esen vanilla.
Tapis kastard dan sedia untuk dihidang.

Kek Ubi Bit Berempah-Ezani Finalis MasterChef Malaysia

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Kek Ubi Bit Berempah-MasterChef

  • mcs-cyber+desertCyber DessertResepi Masterchef Selebriti-AngahBahan² KastadSusu cairGulaEsen vanilaJagung manisBuah campurKacang pistachioKacang gajusCara penyediaan:Campurkan kastad bersama ka ...
  • th_karameltelurPancake MentegaBahan²:125 gm mentega 60 gm gula kastor 4 biji telur 250 gm tepung naik sendiri 1 sudu kecil serbuk penaik 200 ml susu segar esen vanila sedikit garam Cara membuatnya:1. ...
  • nasi+cyberNasi CyberResepi Masterchef Selebriti:Nasi CyberBahan-bahan: Beras Bawang putihMentega Kismis Rebusan stok ayam Daging Daun kunyit Asam jawa&nbs ...
  • noimagethumbSimple Banana Soft CakeBahan A7 biji pisang masak2 sudu besar tepung naik sendiri1 biji telur+7 sudu besar gula =kacauBahan B½ cawan air masak½ cawan susu cair--------------------------------- ...
  • tips+kekTips:Perkara Asas Utk Membakar KekBaca dan fahamkan resepi sebelum mula. Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan.Tanamkan sikap ’buat yang betul’. Jika berbaloi dibuat, maka berbaloilah dibuat dengan ...