Ahad, 27 Disember 2015

Info:Pokok Mambu

pokok+mambu


Pokok mambu atau Azadirachta indica daripada keluarga Meliaceae. Tumbuhan ini, walaupun biasanya tumbuh liar kadangkala ditanam sebagai pokok teduhan kerana ia senang berkembang.Tepi daunnya bergerigi jelas dan agak tajam. Di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya lebih jelas dan berwarna sedikit kekuningan. Menurut Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan FRIM, daun pokok mambu mempunyai beberapa kegunaan dalam perubatan tradisional. Menurutnya daun mambu boleh digunakan untuk merawat bisa pokok jelatang gajah, demam campak dan meredakan demam panas. Daun mambu yang bersifat antiserangga juga boleh digunakan untuk mengelak serangan serangga pada tanaman.

Kaedah penggunan daun mambu untuk menghilangkan rasa gatal kerana demam campak ialah dengan mengambil beberapa helai daun mambu kemudian ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu sapulah daun tersebut ke badan pesakit. Bagi mengurangkan demam panas, rebus akar pokok mambu sehingga mendidih, kemudian ditapis bagi mendapatkan air rebusannya. Air tersebut diminum apabila suam. Bagi merawat bisa terkena pokok jelatang gajah, ambil beberapa helai daun pokok mambu yang segar, dibersihkan terlebih dahulu kemudian dikunyah mentah. Rasanya yang berangin seperti pudina bukan sahaja boleh mengurangkan bisa malah boleh menyegarkan mulut.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Info:Pokok Mambu

  • babyInfo:Makanan Pertama BayiMakanan yang pertama Kementerian Kesihatan menyarankan supaya anda menyusukan bayi anda sehingga usianya enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak mencukup ...
  • dagingKongsi Tips:Cara memotong dagingCara hiris daging dgn betul:Daging harus dipotong mengikut cara yang betul kerana cara pemotongannya memberi kesan kepada kelembutannya.Langkah pertama dalam memotong da ...
  • 1serat4 Sumber Makanan Elak Perut BuncitPerut yang buncit pastinya akan menjejaskan penampilan dan mengurangkan keyakinan diri tidak kira samada lelaki ataupun perempuan. Malah, beberapa jenis penyakit juga mu ...
  • friedTaugehKetahui 6 Khasiat TaugehSuka makan sayur taugeh? Taugeh adalah hidangan sayur yang sesuai dimakan ketika makan tengah hari ataupun makan malam tetapi sering dilihat sebagai hidangan yang langsu ...
  • ulam1001 Khasiat UlamMAKAN ulam baik untuk kesihatan. Ayat itu sudah biasa didengar, tetapi tidak semua mengetahui akan khasiat sebenar yang terselindung di sebalik ulam-ulaman yang banyak d ...