Jumaat, 6 November 2015

Kuih Lapis Pelangi

BlogResepi-Kuih+Lapis+Pelangi



Kuih Lapis Pelangi

Bahan-bahan :
210gm tepung gandum
170gm tepung beras
70gm tepung ubi
1200ml santan sederhana pekat
800ml santan cair
320gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan di simpul

Pewarna biru, violet, pink, orange dan hijau
Loyang 10 x 10 – di gris

Cara-cara membuatnya :
1. Satukan semua tepung, garam dan santan ke dalam mangkuk besar, gaul hingga rata dan tidak berketul.
2. Masak santan cair, gula dan daun pandan hingga mendidih.  Tutup api dan tuangkan ke dalam mangkuk adunan tepung, kacau dengan segera hingga betul-betul rata.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada 10 bahagian (250ml setiap satu)
4. 5 bahagian warna asal dan 5 bahagian lagi di masukkan pewarna yang berlainan.
5. Panaskan pengukus, tuang 250ml warna asal dan kukus selama 4 min hingga masak.
6. Kemudian tuang 250ml adunan biru, kukus hingga masak
7. Ulangi langkah 5 dan 6 berselang seli adunan warna asal dan adunan berwarna violet, pink dan oren hingga habis.
8. Untuk lapisan terakhir tuang 250ml adunan hijau, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit.
9. Angkat dan biarkan betul² sejuk baru di potong menggunakan pemotong kuih plastik.

Kredit to: Tuan Empunya Blog Ini

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Kuih Lapis Pelangi

  • nasi+daging_2Nasi Daging Utara    Bahan-bahan:     1 kg daging  cuci bersih dan toskan Beras 4 cawan kecil (saya gunakan beras biasa)1 inci halia-di tumbuk hal ...
  • DSCN4615Biskut MazolaBahan-bahan:250 gm tepung gandum250 gm kacang tanah - kisar halus125 gm gula - kisar halus1/2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh essence vanilla1 botol kecil minyak maz ...
  • Kuih+Puteri+AyuKuih Seri AyuBahan A:1 biji kelapa parut putihsedikit garam1 sudu besar tepung sagu/ubiBahan B:3 cawan tepung gandum(ayak)1 sudu besar ovellette2 cawan gula pasir4 biji telur gred A2 ...
  • pasta.masterchefPasta Tagliatelle Beserta Ayam Panggang Sumbat dan 'Mousse' Hati AyamResepi dari Rancangan MasterChef Malaysia Resepi-Chef RizalBAHAN-BAHAN AYAM:• 0.4kg Peha Ayam• 0.2kg Hati Ayam• 0.5gm Keju Mozarella• 20gm Herba Thyme (segar)• 30gm Herb ...
  • dangaisagu1Dangai SaguBahan-bahan:2 cawan sagu biji halus - siram air dan tuskan1/2 biji kelapaGaram secukup rasaCara Menyediakan:1.Gaulkan sagu yang telah dituskan dengan garam dan kelapa. B ...