Bahan-bahan:500gm udang
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
2 sm halia
12 biji cili padi (ikut citarasa)
½ biji kelapa (ambil santan)
1 batang serai (dititik)
Asam keping (1 keping)
Daun kesum
Garam
Serbuk perasa
Bendi (pilihan)
Cara memasaknya:-1. Bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, cili padi dimesin.
2. Masukkan perahan santan ke dalam periuk bersama-sama bahan yang dimesin.
3. Kacau sehingga menggelegak di atas api yang sederhana.
4. Masukkan serai, asam keping dan udang.
5. Tambah serbuk perasa dan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan daun kesum dan biarkan sedikit layu dan bolehlah dihidangkan.
Jumaat, 9 Oktober 2015
Resepi Udang Masak Lemak Cili Api
Dicatat oleh
Ratna Indra
di
10:00 PTG
Tags :
Resepi Makanan,
Resepi Udang