Isnin, 26 Oktober 2015

Red Velvet Cake

DSCN1522
Resepi kek Red Velvet

Bahan²:
250g tepung kek - diayak
1/2 sk garam - diayak
15g @ 2 sudu besar serbuk koko - diayak
113g @ 1/2 cawan butter
160g gula kastor
2 biji telur gred A
1sk esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk
2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat


Cream Cheese Frosting:
227g cream cheese
115g @ 1 cawan gula kastor
360ml @ 11/2cawan whipping cream

Cara² membuatnya:

Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.

Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.

Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.

Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.

Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.

Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)

Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.

Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.

Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan putar sehingga smooth.

Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.

Sejukkan di dalam peti ais  dan hidangkan.


DSCN1518

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Red Velvet Cake

  • pasta.masterchefPasta Tagliatelle Beserta Ayam Panggang Sumbat dan 'Mousse' Hati AyamResepi dari Rancangan MasterChef Malaysia Resepi-Chef RizalBAHAN-BAHAN AYAM:• 0.4kg Peha Ayam• 0.2kg Hati Ayam• 0.5gm Keju Mozarella• 20gm Herba Thyme (segar)• 30gm Herb ...
  • siput1Resipi Kuih Siput Jualan Hari Raya 2012,Kuih Siput resepi utara. Dijadikan jamuan untuk hari raya atau sebarang majlis.Juga sesuai dijadikan 'snek' ketika menonton tv bers ...
  • meebandungMee BandungBahan-bahan:1 kg mee kuning 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) 1 labu bawang putih (diketuk) 5 biji bawang merah ½ cawan udang kering, direbus dengan ...
  • DSCN4891Kek Carrot KukusBahan-bahan:250 g butter150 g gula halus3 biji telur1 s/k esen vanilla200 g carrot-parut dan celur - toskan kering100g prune cincang50 g kismis230 g tepung gandum1 s/k b ...
  • noimagethumbLaksa JohorIngredients A: 125 ml / 4 fl oz Vegetable Oil 2 litres / 64 fl oz Coconut Milk (Santan Cair) 500 g / 1 pound 1 ½ oz fresh Prawns 300 g / 10 oz Indian Mackerel (Ikan Kemb ...