Ahad, 8 November 2015

Resepi Biskut Oren

Bahan²:• 500g mentega
• 250g gula ising
• 1 biji telur
• 2 biji kuning telur
• 2 camca kecil pati oren
• Beberapa titik pewarna oren
• 750g tepung gandum
• 150g coklat yang dicairkan


Cara membuatnya:1. Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan kuning telur, kacau rata. Kemudian masukkan pula pati oren dan
pewarna, gaul sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam beg corong berbentuk bintang (star nozzle). Paipkan
adunan di atas dulang pembakar.
5. Kemudian bakar ke dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 25 minit. Apabila biskut
kekuningan, angkat dan biarkan ia sejuk.
6. Selepas biskut sejuk, celupkan sebahagian biskut tadi ke dalam coklat yang dicairkan.
Biarkan sejuk dan hidang dengan hirisan kulit oren.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Resepi Biskut Oren