Isnin, 16 November 2015

Roti Jala Berinti

roti+jala

Kali ni,mari kita cuba resepi untuk juadah berbuka puasa,dengan Roti Jala Berinti.

Bahan² inti
1) Daging cincang (300 gram )
2) Bawang besar, dimayang halus (5 biji )
3) 1 inci (halia , dimayang halus)
4) 25 gram (rempah beriyani)
5) Minyak untuk menumis (sedikit)
6) Garam (sedikit)
7) Gula (sedikit)
8) Telur (5 biji )

Bahan² roti jala 
1) Tepung gandum (3 cawan )
2) Air (3 cawan)
3) Telur (1 biji )
4) Pewarna kuning (Sedikit )
5) Garam (Sedikit )

Cara² inti :
1. Buat intinya dahulu. Tumis bawang besar dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan rempah beriyani dan daging cincang. Kacau sehingga daging cincang masak.  Setelah kering dan masak, masukkan garam dan gula.
3. Ketepikan terlebih dahulu.
4. Untuk 3 sudu besar daging cincang yang telah masak, masukkan sebiji telur, digaul rata ketepikan.

Cara² membuat roti jala:
1. Kisar semua bahan-bahan untuk membuat roti jala.
2. Tapis untuk mengelakkannya berketul.
3. Kemudian Masukkan ke dalam acuan roti jala, dan biarkan masak di atas kuali leper tanpa lekat.
4. Masukkan daging cincang yang diadun bersama telur di atas roti jala, dan lipat roti jala menjadi empat segi.
5. Kemudian Goreng sehingga garing.
6. Roti jala berinti sedia untuk dihidang bersama sos cili.

Sesuai untuk dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa :-)

Anda boleh Like atau Share resepi ini bersama kawan²

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Roti Jala Berinti

  • mcs-cyber+desertCyber DessertResepi Masterchef Selebriti-AngahBahan² KastadSusu cairGulaEsen vanilaJagung manisBuah campurKacang pistachioKacang gajusCara penyediaan:Campurkan kastad bersama ka ...
  • noimagethumbLaksa JohorIngredients A: 125 ml / 4 fl oz Vegetable Oil 2 litres / 64 fl oz Coconut Milk (Santan Cair) 500 g / 1 pound 1 ½ oz fresh Prawns 300 g / 10 oz Indian Mackerel (Ikan Kemb ...
  • rempeyekTempeyek RanggupBahan-bahan:2 cawan tepung beras100 gm kacang tanahSesudu teh jintan putihSesudu teh jintan manisSesudu teh ketumbar2 cawan santanSesudu teh kapur makan2 sudu teh gulaSe ...
  • DSCN0184Apam MekarBahan-bahan:200 gm gula castor2 biji telur gred A1 sudu teh ovellete1 tsp esen vanilla250 gm tepung gandum1 cawan aiskrim sodaCara membuatnya:1. Pukul telur,gula dan ove ...
  • nasi+carrotNasi CarrotBahan-bahan:2 cawan beras bathmati ataupun beras biasa-basuh dan toskan2 cawan carrot –diparut1/2 cawan susu cair3cawan air – ataupun letak air rebusan isi dan tulang ay ...