Khamis, 15 Oktober 2015

Resepi Puding Tembikai

Bahan-bahan:

1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm)
2 keping roti Gardenia
6 cawan air
1 1/2 cawan gula
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau - dipotong kecil (utk dibuat biji tembikai)

Cara membuatnya:

Rebus agar2 dengan air
Bila sudah larut masukkan gula.
Apabila mendidih masukkan mentega..
Kemudian masukkan susu..
Ambil sedikit adunan agar-agar, kemudian blendkan dengan roti sampai sebati
Kemudian tuang semula ke dalam agar-agar tadi.Kacau sehingga rata
Dalam bekas lain letakkan sedikit pewarna hijau.Masuk ke dalam loyang
Kemudian letak adunan plain untuk buat kulit yang warna putih.Biarkan beku sedikit.Kemudian letak adunan warna merah pulak.Tabur cincau untuk buat biji tembikai.
Simpan didalm peti sejuk,biarkan beku.
Dah siap utk dihidangkan.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Resepi Puding Tembikai