Selasa, 27 Oktober 2015

4 Sumber Makanan Elak Perut Buncit

Perut yang buncit pastinya akan menjejaskan penampilan dan mengurangkan keyakinan
diri tidak kira samada lelaki ataupun perempuan. Malah, beberapa jenis penyakit
juga mungkin dihidapi akibat memiliki banyak lemak pada bahagian perut. Oleh itu,
kita disarankan untuk mengambil makanan mengikut pola pemakanan yang sihat dan
diet rendah lemak agar dapat mengecilkan perut yang terlalu gemuk. Berikut
beberapa jenis makanan yang dapat membantu kita mengempiskan perut sekaligus
mengurangi ukuran pinggang kita.

Serat

1serat
Makanan yang kaya dengan kandungan serat seperti bijirin dan biji gandum dapat
membantu mengecilkan perut kita. Hal ini kerana makanan yang mengandungi serat
boleh membuat perut berasa cepat kenyang berbanding dengan makanan yang kurang
mengandungi serat. Disebabkan makanan berserat memerlukan waktu yang lama untuk
dicerna, ia boleh membantu kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama
sekaligus mengelakkan perut menjadi buncit.

Protein

2protien
Protein mempunyai fungsi yang setara pentingnya dengan serat iaitu dapat menahan
rasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Hal ini disebabkan makanan berprotein
memerlukan kalori yang lebih banyak untuk menjalankan proses pencernaan
berbanding sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan berprotien adalah seperti
telur, ikan, daging dan kekacang. Namun, berhati-hati apabila menikmati kekacang
kerana kacang yang digoreng mengandungi lemak jauh lebih banyak, manakala kacang
panggang pula mengandungi banyak gula.

Enzim
3enzim

Enzim adalah molekul protein bertenaga yang penting untuk mencernakan makanan
yang dimakan dan membebaskan nutrien di dalamnya. Makanan yang kaya dengan enzim
seperti betik dan nenas juga dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Selain
itu, semua makanan yang mengandungi enzim sayur dan buah mentah memberikan
peluang kepada hati dan pankreas untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh serta
mengubah lemak pada perut yang menjadi sumber tenaga kepada tubuh.

Lemak Sihat

4lemaksihat
Makanan berlemak tidak selalunya menjadi punca buncit pada perut. Ia sebenarnya
bergantung kepada jenis lemak yang kita makan. Lemak tak tepu sebenarnya dapat
membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan mengubah lemak pada perut menjadi
tenaga.

Lemak baik boleh didapati dari beberapa jenis makanan seperti avokado dan minyak
zaitun. Bukan sahaja mampu membakar lemak, malah minyak zaitun juga boleh
membantu menjaga kadar kolesterol dalam tubuh. Selain itu, ada juga badam yang
bukan hanya kaya dengan lemak tepu tetapi turut mengandungi protein untuk memberi
kesan pembakaran lemak sinergi dan membantu menahan rasa lapar. Seeloknya elakkan
pengambilan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana secara semulajadi
pengambilan lemak sudah sedia ada di dalam kekacang atau biji-bijian.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : 4 Sumber Makanan Elak Perut Buncit

  • dagingKongsi Tips:Cara memotong dagingCara hiris daging dgn betul:Daging harus dipotong mengikut cara yang betul kerana cara pemotongannya memberi kesan kepada kelembutannya.Langkah pertama dalam memotong da ...
  • resepi+pengatPengat Labu dan Pisang “Pengat Labu dan Pisang”. (Resepi Dr.Ezani-Masterchef) Kek pisang, gula Melaka dan labu terbalik, crumble macadamia gula Melaka, puri labu, kastard santan. Kek pi ...
  • ulam1001 Khasiat UlamMAKAN ulam baik untuk kesihatan. Ayat itu sudah biasa didengar, tetapi tidak semua mengetahui akan khasiat sebenar yang terselindung di sebalik ulam-ulaman yang banyak d ...
  • Fried-Pomfret-with-Onion-SauceFried Pomfret with Onion Sauce                       Ingredients    500 g ...
  • masak+lemak+daging+salaiMasak Lemak Daging SalaiMASAK LEMAK DAGING SALAI-CHEF ANIS NABILABahan-bahan:· Daging (dipotong mengikut urat dengan ketebalan 1 inci) - 1 kg· Bawang Kuning (dikisar) - 1 biji· Bawang Merah (di ...