Ahad, 24 Januari 2016

Muffin Coklat


Muffin_Coklat
















Bahan-Bahan:
½ cawan mentega
½ cawan minyak jagung
1 ¼ cawan gula perang
3 biji telur
2 ½ cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
sudu makan serbuk koko
200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
Sedikit coklat chip untuk hiasan.

Cara-cara:
1.Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
2.Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4.Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
5.Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
6.Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
7.Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.

Tips:
1.Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
2.Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
3.Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
4.Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
5.Untuk mendapat muffin yang sedap, gantikan tepung gandum dengan Tepung Ros (ayak terlebih dahulu) yang boleh didapati dikedai2 bakeri. Harga tepung ros ini mahal sedikit tetapi untuk hidangan sendiri sangat berbaloi. 6.Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna. 7.Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8.Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

Sumber: BabyCakes2u

ZaiFa®:nanti saya nak cubalah.dah lama tak buat cupcake ni. :-)

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Muffin Coklat

  • kekspanjemKek Span JemBahan-bahan A:75 gm tepung1/4 sudu teh serbuk penaik25 ml air sejuk25 gm ovalette3 biji telur sejuk70 gm gula hangusBahan-bahan B:85 gm mentega1 sudu teh esen vanilaBaha ...
  • noimagethumbAyam DamsyikBahan:• 6 g bawang putih• 12 g bawang kecil, dikisar halus• 4 g halia• 10 g serbuk jintan manis• 30 g serbuk jintan putih• 5 g serbuk kunyit• 2 g daun kari• 15 ml minyak ...
  • Fried-Pomfret-with-Onion-SauceFried Pomfret with Onion Sauce                       Ingredients    500 g ...
  • th_keklapispudingResepi Masterchef:Kek Lapis Puding Nasi Bercoklat dan Keju BerkrimINGREDIENTS FOR CHOCOLATE RICE PUDDING:2 cup Coconut Milk 2 cup Cooking Cream 1 cup White Rice ¼ tsp Salt ¼ cup Sugar 150gm Converture Chocolate 1 tbs Vanilla ExtractMET ...
  • tiramisuTiramisuBahan-bahan200gm whipping cream250gm cream cheese30ml susu segar80gm gula icing18-20 keping biskut span ( boleh diganti dengan cebisan kek span)170ml air kopi ( dicampur ...