Rabu, 9 Disember 2015

Siakap Beromakan Sos Kantan dan Tuhau

siakap
Bahan-bahan Siakap:
350gm Isi Ikan Siakap
Secukup Rasa Garam
Secukup Rasa Lada Hitam

Cara-cara penyediaan Siakap:
Perapkan isi ikan dengan garam dan lada hitam dan ketepikannya selama 15minit.
Kemudian dipanggang dengan mengunakan kuali/nonstick pan selama 8 minit.
Panggangkan bahagian kulit dahulu.

Bahan-bahan Sampingan Siakap:
1 biji Ubi Kentang
2 biji Mentimun Hijau/Kuning
3 batang Asparagus
1 tangkai Daun Ketumbar

Cara-cara penyediaan Sampingan Siakap:
Terlebih dahulu kupas kulit ubi kentang kemudian dipotong bersama mentimun berbentuk bola ragbi atau turning.
Asparagus pula buang sedikit kulit luardan potongkannya berukur 4 inci.
Didihkan air untuk merebus dan mencelur ubi kentang dan juga sayuran tadi.

Bahan-bahan Sos:
1 labu Bawang Besar Kuning (dikisar)
2 ulas Bawang Putih (dikisar)
½ kuntum Kuntum Bunga Kantan/Tuhau (dikisar)
Air
150gm Mentega
Secukup Rasa Garam
Secukup Rasa Jus Limau
Secukup Rasa Lada Hitam

Cara-cara penyediaan Sos:
Panaskan minyak untuk menumis bahan kisar untuk menjadi sos.
Biarkan sehingga naik aroma, bila sudah agak masak masukkan sedikit air agar bahan tumis tidak hangit.
Kemudian tapis agar sos nampak lebih halus dan menarik.
Masak semula sos tadi untuk perasa.
Masukkan mentega, garam, jus limau dan juga lada hitam kacau sehingga pekat sedikit.

Siakap Beromakan Sos Kantan dan Tuhau-Wahidan
Resepi MasterChef Malaysia-Astro

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Siakap Beromakan Sos Kantan dan Tuhau

  • DSCN2944Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Bahan A (untuk ikan)1 ekor ikan siakap1 sudu besar tepung jagung3 ulas bawang merah (dihiris) 1 sudu besar cili kering kisar 1 biji tomato 2 ulas bawang putih (dihir ...
  • Fried-Pomfret-with-Onion-SauceFried Pomfret with Onion Sauce                       Ingredients    500 g ...
  • daging+salaiDaging Salai ala Wellington bersama Krim Lemak Cili Padi dan Compote Berry Merah Resepi Masterchef2:Daging Salai ala Wellington bersama Krim Lemak Cili Padi dan Compote Berry Merah - Dato’ FazleyBahan-bahan Daging Salai:300g-400g Beef TenderloinPuff ...
  • siakapIkan Siakap Sos ThaiBahan-Bahan:1 ekor ikan siakap (sederhana besar)5 ulas bawang putih3 cm halia2 batang serai (hiris)2 helai daun limau purut (hiris)1 sudu kecil serbuk kari5 tangkai padi ...
  • noimagethumbIkan Patin Lemak TempoyakBahan kisar:5 tangkai cili merah 5 tangkai cili padi halia kunyit hidup4 biji bawang kecil 2 biji bawang putihBahan² :Ikan patin Daun kunyit 1 batang serai,dititik 3 caw ...